|
owner
![]() " I'm Iyliana Izyani.TQ bcs visit my blog. " tagboard Credits
| Mamaku Syurgaku :(
Assalammualaikum wbt :)
Mula sekali aku nak bagitau, mamaku telah kembali kerahmatullah pd 22 September 2018. Tulah satu2nya tarikh yg sentiasa muncul dan terngiang ngiang dalam kepala. Sebab apa? Sebab mama dah tkda! Skrg baru aku tahu rasa sakit kehilangan. Mama tak pernah sakit teruk. Mama jugak bukan org yg kena jumpa doktor hari2. Bukan jugak terlentang tk boleh gerak. 1 week before mama left me. Mama admit kpj perda. Sebab doktor kat klinik cakap mama darah kurang dpt tahu pun dua hari sebelum. Doktor call mama ckp "Puan, hasil ujian lab mendapati sel darah merah puan kurang. Normal 12% tapi puan just ada 6%. Puan sorang ke? Bahaya kalau puan sorang. Puan boleh collapsed." Mcm mana aku tahu? Masa tuh macam biasa aku kalau balik kerja aku akan cari mama dulu untuk gossip apa yg jd kat tempat kerja. Pastu mama cerita lah pasal doktor tuh ckp. Nak tahu apa mama ckp balik kat doktor tu? "Makcik ada ni dgn pakcik hg dok tgk tv" Doktor ckp lg "Yaka, kalau mcm tu takpelah lebih baik ada org teman.
Lepastu hari sabtu tu mama kena g cek klinik tu balik, mama time tu kerap pening dia jd jalan tak stable. Cepat penat mcm org berlari. Padahal mama org yg sgt aktiv. Jadi secara mengejut. Lepas ambil ubat semua kitaorg balik. Then tibanyahari Ahad. Ahad kitaorg g shopping. Time ni mama dah sibuk cari baju rewang untuk mak2 sedara fr my wed. Dlm tak larat dia, kami balik kampung dia bg semua baju rewang dkt umi,makngah,tok,maktam,maktih dan maksu. "Dia ckp yg cham (maktam) dgn kak pishah (umi) ja kirim kat yan (maksu) la takut tak sempat nak bagi". Lepas tu kami balik, otw nak balik kami singgah Giant kat Kulim time tu dia tak larat. Aku tegur dia mama jom la jalan dia kata takmau la aku penat. Dia mintak kunci kereta nak duduk dlm kereta. Abah bising lah cakap panas. Then, dia duduk dkt kedai2 jual baju kasut. Kitorang round lah blah bawah sebab abah naik cari kobis. Kitorang siap masuk kedai kasut Verns tuh beli kasut (YANG PALING SEDIH MAMA SEMPAT PAKAI KAT KPJ JE KASUT DIA LAGI SATU TERKEMAS DALAM KOTAK!) Aku beli air tealive kami minum dia jumpa jiran dkt dgn rumah siap mnyembang walaupun tak larat. Mama mmg ramah. Pastu kitaorang balik.
Esok tu Isnin mama ckp dia tak larat. Tapi takmo p hosp kerajaan sbb dia kasar hosp ni kasar. Kebetulan abah dlm cuti pencen sbb ambik pencen awal adalah kad insurans untuk isteri. Abah bawak mama g KPJ. Masa kat KPJ tu lepas maghrib aku tolak mama atas wheelchair. Abah tgh register kan mama. Masa tu plk kat tempat emergency ada satu kes. Makcik tu asthma dia sampai dgn anak dia tapi dia tak sempat diselamatkan walaupun dorang dah cuba byk mmg kitaorg nampak real sbb pintu terbukak. Cuma langsir tutup sikit. Masa doktor situ bagitau ckp makcik tu dah tkda semua anak cucu dia menangis gila smpai bergema emergency room tuh. Then tetiba mama panggil adik aku. Mama ckp "Adik, kalau mama tkda nnti jgn nangis mcm tu tau. Kesian kat mama" Aku marah mama, apa mama mengarut ni". Pastu kami berborak time tuh mama pakai baju hijau sama dgn abah. Time tuh jgk rumah tgh renovate. Mama admired sgt warna wall kpj dark green camtu mama suruh ambik gmbr. Pastu mama kena panggil cek2 mama warded. Mama ni mmg teliti semua barang dia dah bawak. Then bermula lah episod aku tido dkt ward sekali dgn mama. Aku unpaid leave 4hari smpai hari khamis. Aku bersyukur aku diberi kesempatan jaga dia walaupun mulut aku ni jahat suka sgt nk menjawab. Masa kami kat hosp aku cuba curi2 pgg tgn dia masa dia tido. Pastu dia mcm terkjut aku tarik tgn aku. Pstu masa aku tido aku rasa tgn aku ada org pgg. Mama aku ni bkn jenis nak gatal2 pgg tgn ke apa dia jenis tegas.
Tapi aku happy sbb mama pgg jgk tgn. Bermula episod aku dgn mama kat hosp mama kena ambik darah masuk air masuk darah. Kuat mama aku ni! Masa fitri dtg nak melawat mama bawak buah yogurt semua mama minum yogurt tu hehe. Buah dia suh jamu kat fitri. First time tau mama suruh cmtu. Sebelum ni mama susah nak bg hint lembut cmtu. Pastu mama siap gtau kat kakak sebelah katil anak makcik nak kenduri bulan 12 ni, Allah! Sebak! mama sgt baik. mama tak sabar sgt dgn kenduri. Mama warded smpai hari Khamis, Khamis mama dah blh discharged. Kami balik pun dah maghrib tunggu settle semua bills. Balik tu mmg aku tdo sekali dgn mama. Tapi aku tdo bawah. Nak jugak menempek dgn mama. Jumaat tu aku gigih jgk p kerja sbb aku takut kena marah ponteng lama2. Pagi tu aku cam biasa aku tgk dia nak makan ubat aku ingt dia makan semua. Rupanya dia makan vitamin je. (Mungkin dia dah tahu. Sebab mama aku ni hantu ubat dia sakit ja terus dia telan ubat macam kacang) Tapi haritu dia makan vitamin ja. Aku tau pun sbb aku cek lepas dia meninggal. Aku pon bodoh tak pantau. :( Aku p kerja semua org kat tempat kerja tanya mcm mana mama sakit apa blablabla. Aku pun cerita. So, sabtu pagi sebelum mama meninggal aku bangun pagi sbb sedar dgr mama dah bangun. Aku ckp mama nak p mana.
Dia ckp mama nak mandi kakak tlg siapkan barang mama nak mandi kejap. Aku pun terus bangun p siapkan. Lepas tu mama jalan toktek toktek pi mandi. Aku sambung tdo balik. Mama ni dia sakit tkmau tunjuk pastu tkmau org tlg bawak ke apa. Lepas dia habis mandi dia duduk atas katil dia ckp kakak bangun. Satgi org tgk anak dara tak mandi lg. (Masa tu rumah kan tgh renovate so toilet mandi pecah tinggal toilet kecik je mmg kena cpt2 mandi) Sblm tu aku amekkan baju pakaikan untuk mama. Time tu aku perasan badan mama mcm makin lembik.Aku ckp ni mesti sbb masuk air byk sgt. Mama gelak tp dia nak jgk pakai. Lps aku mandi dia mintak nak makan ubat. Tapi dia mintak buatkan air milo. Aku pun p buat masa aku jalan dia ckp dia tkmau susu dia nak milo o. Aku pelik kenapa O selalunya mama paling suka susu2 ni. Aku p buat air dia nak makan dengan biskut adik dia bawak. Dia breakfast biskut pastu dia makan ubat. Time dia duk baring tu tetiba dia bangun terus muntah. Aku apalagi terus kelam kabut ahhhhh! Aku dok terbayang doktor ckp kalau muntah boleh pengsan time tuh abah baru ja keluar sbb nak p beli wheelchair sbb abah kesian mama penat nak jalan g toilet or memana. Time tu pulak aku tkda kedit aku suh fitri call abah. abah call aku cakap mama muntah. Mama marah kenapa bagitau abah. Aku takut masa tu! Pastu abah terus call ambulans.
Elok abah smpai abah ajak mama p hosp mama tkmau. Time tu jgk ambulans smpai. Ambulans ambik mama aku ikut, Sepanjang dlm ambulan aku perhati je pekerja tu dok marah mama suruh baring mama tgh penat kot takyahla marah. aku ckp pelan2 maa baring maa nak smpai dah. Mama baring sikit elok dah nak smpai tu. Abah naik kereta sebab bawak adik pstu nak kunci rumah semua. Jiran penuh depan rumah elok smpai hosp aku turun kena register semua. Mama kena tolak masuk emergency dlm ccu. Kaunter tu pun buat aku bengang aku dah terketar takut dia boleh plk ckp seringgit. otak dia! dia ingt seringgit tu mcm seribu ka muka mcm apa lg. pastu aku duduk tunggu, tetiba ada kak ni dia mai ckp dik mak adik nama Jamilah,jamaliah ke? Kak mcm dengar depa panggil aku ckp mama nama jalila. Mama mmg femes sbb mama mniaga bger depan umah. Kebetulan kak tu pnah duk kat taman jugak. Aku bangun p kat kaunter aku tanya ada panggil ke tadi. Dia ckp tkdk, muka dia mmg malas layan aku, pastu kak tu tnya ada dak. aku ckp dia ckp tkdk kak, Kak tu pi kat dia ckp td ada org panggil nama sekian2. baru dia bangun dari tempat duduk pi masuk dalam bukak pintu, Aku dlm hati bodohnya mamat ni. Masa aku kat dlm aku tgk je mama duk penat mcm nafas sekat2. Pastu abah call tanya kat mana aku keluar takleh masuk dah. Abah mintak izin kami boleh masuk balik tapi dari jauh je sbb mama katil hujung.
Tapi tiba2 asst doktor ckp mama dah tkda. aku apalagi menangis gila la. Mama aku kot. aku punya dok salahkan diri aku kalau aku tak call abah mesti mama tak jd cmni. mesti mama tak pergi tinggalkan kami. 7x asst doktor tu keluar ckp nadi dia masih bergerak. kejap keluar ckp dah tkda. Bayangkan weh 7x aku meraung cam org gila kat situ. abah keluar g wat solat sunat untuk mama. Abg sulung aku smpai masa dia smpai tu Doktor panggil dia masuk sign borang yg untuk tebuk saluran pernafasan mama kat leher sbb mama tkleh bernafas normal. Tak lama lepas tu fitri smpai dgn mak dia semua. Sekali lagi asst doktor bgtau mama mmg dh tkda. Tgahri tu aku mmg tkleh lupa. Aku sendri tak smpat srapan aku lgsg tkda selera makan. Aku masuk dalam aku tgk kaki yg aku selalu picit tu dah pucat. Mama terbaring atas katil. Aku tgk monitor aku ckp kenapa ada bergerak. Tapi doktor ckp nadi mama je ada. Kalau cabut mama dah tkda. Nadi tu ada pun sbb dorg bagi ubat untuk mama bertahan. Aku tgk mama pucat sgt tp muka tetap tersenyum. Aku tak percaya mama dah tkda smpai ke harini aku tetap tak percaya bukan aku tak boleh terima takdir tapi jujur aku rindu mama aku. RINDU SANGAT! Abah ku nangis teresak esak.
Aku terharu dgn kasih syg abah terhadap mama. Tak pernah sekali pun abah abaikan mama. Tak pernah sekali pun abah duakan mama. Abah dgn mama sgt sweet! Hmmmm Al fatihah buat arwah mamaku JALILA BINTI ISHAK. 22 September 2019 ni genaplah setahun permergian mama. Kakak sentiasa doakan kesejahteraan mama. Kakak syg mama smpai akhir nyawa kakak. ;( i love you mama. Sesapa yg baca blog ni tlg doakan mama aku ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh dan ditempatkan disyurga Firdausi mu yaAllah. Aamiinn :(
|
0 Comments:
Post a Comment